Sunday, November 18, 2012

Hacker Remaja Yang Hidup Mewah Merompak Secara Online


Kewujudan hacker sebenarnya sudah lama diakui. Pihak Google sendiri pernah menjemput para hackers di seluruh dunia untuk menguji produk Chromenya yang konon anti hack.


Banyak cerita-cerita hebat tentang hacker yang berjaya membolosi laman web popular walaupun laman web tersebut dilengkapi dengan sistem sekuriti yang tinggi.

Salah satu kisah menarik bagaimana seorang remaja 19 tahun yang berjaya membolosi sistem keselamatan website bank-bank dan menyebabkan kerugian sebanyak £18 juta pound setelah memperolehi data-data sulit kad kredit pelanggan (dailymail.co.uk).

Nick Webber, yang telah dibuang sekolah kerana masalah disiplin, dan disinilah bermula kariernya sebagai seorang hacker.

Menimba pengetahuan IT di asrama sekolah Bradfield College, England, Nick memutuskan untuk berpindah ke sebuah desa di daerah Berkshire. Dari sini, dia membentuk kerajaan internetnya melalui web GhostMarket.net yang menjadi wadah bagi para hacker antarabangsa berkomunikasi melalui forumnya. Mereka berkongsi tutorial cara melepasi sistem keselamatan bank, pemalsuan kad kredit dsb.

Akhirnya Nick yang juga anak seorang pesara politik ini berjaya mendapatkan 132 ribu tandatangan di pelbagai bank. Dia bekerjasama dengan beberapa kawannya diantaranya Ryan Thomas, Bocah yang baru berusia 18 tahun dan Gary Kelly, gadis berusia 21 tahun yang juga seorang pakar pemalsuan kad kredit.

Ketiga-tiga mereka sempat menikmati hasil kegeniusan mereka dengan hidup berfoya-foya di kepulauan Malloca, Sepanyol sebelum ditangkap oleh Polis Cyber crime England yang selama ini mengikuti dan menyiasat kes mereka.

Selepas penangkapannya, Nick masih sempat memberikan pesanan kepada para ahli GhostMarket.net, “Untuk menjadi hacker sejati, kamu perlu menjadi 'hantu'…”.

Nick dipenjara 5 tahun atas kesalahannya itu.

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon