Friday, November 02, 2012

Gara-gara Ingin Kurus Seorang Model TV di Brazil Maut


Gara-gara ingin kurus, seorang model TV di Brazil maut ketika menjalani pembedahan liposuction di sebuah klinik, minggu lalu.


Kematian Pamela Nascimento, 27, hanya diumumkan minggu ini selepas kejadian itu dilaporkan oleh ibu saudaranya. Enedida Nascimento kepada polis.

Laporan dibuat selepas mayatnya dikebumikan di Santa Catarina.

Pamela dipercayai meninggal dunia di dalam bilik bedah selepas mengalami masalah berkaitan buah pinggang.

Namun punca kematiannya didaftarkan sebagai mengalami kejutan hypovolemic iaitu keadaan di mana jantung tidak mampu mengepam darah ke bahagian badan akibat pendarahan.

Ia merupakan pembedahan kali ketiga dilalui oleh model tersebut bagi mengempiskan perut.

Dalam pada itu, polis memberitahu pihaknya akan memeriksa mayat Pamela dan boleh mengambil tindakan ke atas doktor yang melakukan pembedahan berkenaan, Dr Julio Yoshimura atas dakwaan menyebabkan kematian tanpa niat.

Doktor berkenaan juga boleh didakwa gagal melaporkan kematian mangsa manakala sijil kematiannya disahkan oleh doktor sama yang melakukan pembedahan berkenaan.

Pamela, yang berasal dari selatan Santa Catarina, telah dibesarkan oleh ibu saudaranya selepas kematian ibunya.

Ketika itu, Pamela berusia enam tahun.

Pada 2009, dia berpindah ke Sao Paulo, dan di situlah karier modeling bermula.

Selain menjadi model dan pengacara rancangan televisyen, Pamela juga masih menuntut di universiti dalam jurusan perubatan bio.

-Mynewshub.my

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon