Monday, November 19, 2012

Gadis Mirip Barbie Girl Didakwa Guna Photoshop


Dengan penampilan pinggang yang ramping dan muka bujur, tidak syak lagi Valeria Lukyanova layak mendapat gelaran sebagai Manusia Barbie.


Namun penampilan terbarunya dalam sebuah video, timbul persoalan bahawa setiap aksinya yang dirakamkan selama ini menggunakan kaedah Photoshop.

Ini kerana dalam video berkenaan, wajah Lukyanova kelihatan amat berbeza daripada wajah patung Barbie yang dibanggakan itu

Laman web TheDirty.com telah memuat naik video terbaru berkenaan yang mendakwa Lukyanova telah memalsukan penampilannya selama ini.

Pengasas laman web berkenaan, Nik Richie turut menggelar gadis berkenaan sebagai Michael Jackson Ukraine.

Penyiaran video tersebut telah mendapat banyak komen daripada orang ramai.

Ada yang menyokong bahawa Lukyanova menipu, tidak kurang pula yang mempertahankan gadis berkenaan.

Lukyanova sebelum ini menafikan dia telah menjalani pembedahan plastik atau menggunakan teknik photoshop bagi membentuk imejnya.

Dalam video terbaru itu, Lukyanova memberitahu, dia juga berasa tidak selesa kerana lehernya yang kecil itu.

“Manusia kejam. Tidakkah anda faham bahawa saya mempunyai masalah leher. Saya juga tidak boleh menegakkan leher saya,’’ katanya dalam video itu.

Lukyanova juga memberitahu, lehernya yang kecil itu tidak dapat menampung kepalanya yang besar.

Gadis itu baru menamatkan penggambaran untuk majalah V dan dalam majalah itu, Lukyanova menerangkan bagaimana dia terlampau berminat untuk kelihatan seperti patung Barbie.

-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon