Friday, November 16, 2012

Empat Jaringan Ibrahimovic Malukan England


Sweden berjaya menewaskan England 4-2 pada aksi persahabatan di laman sendiri, awal pagi tadi dengan keempat-empat gol itu dijaringkan kaptennya, Zlatan Ibrahimovic.


Ibrahimovic meletakkan Sweden di hadapan minit ke-20 sebelum Danny Welbeck menyamakan kedudukan buat England minit ke-35 dan pelawat seterusnya berjaya mendahului 2-1 hasil jaringan Steven Caulker minit ke-38.

Namun Ibrahimovic tiba-tiba menggegar apabila menyumbat tiga lagi gol buat Sweden pada minit ke-77, 84 dan 90 untuk menghadiahkan kemenangan bergaya 4-2 buat pasukan tuan rumah.

Sementara itu, Itali tewas 1-2 kepada Perancis pada aksi persahabatan di Ennio Tardini.

Tuan rumah mendahului pada minit ke-35 menerusi Stephan El Shaarawy, namun Perancis hanya memerlukan dua minit untuk menyamakan kedudukan hasil jaringan Mathieu Valbuena.

Gol kemenangan Perancis akhirnya terhasil pada minit ke-67 menerusi jaringan Bafetimbi Gomis.

Dalam pada itu, juara dunia, Sepanyol tidak menghadapi masalah apabila meraih kemenangan besar 5-1 ke atas Panama pada aksi persahabatan di gelanggang lawan.

Lima gol Sepanyol itu terhasil menerusi dua jaringan Pedro (16 & 43), David Villa (29), Sergio Ramos (82) dan Markel Susaeta (84).

Gol tunggal Panama menerusi sepakan penalti Gabriel minit ke-87.

Pada satu lagi aksi persahabatan, Belanda mengikat Jerman 0-0 di laman sendiri.

-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon