Wednesday, November 21, 2012

Elyzia Mulachela Tolak Seks Bebas!


Bintang baru Elyzia Mulachela atau lebih mesra dengan panggilan Cipy menegaskan yang dia sama sekali tidak akan melakukan hubungan seks sebelum berkahwin. Penyanyi dan juga pelakon ini berkata dia akan pastikan dirinya tidak terlanjur ke arah itu melainkan sekiranya dia sudah bergelar isteri.


"Tidak. Pada saya, perbuatan (hubungan seks) itu tidak harus berlaku kalau belum betul-betul ada ikatan yang sah. Saya masih muda. Apa yang penting sekarang fokus saya buka kepada soal cinta atau menjalinkan hubungan. Sebaliknya mahu menumpukan perhatian pada karier nyanyian saya",

"Kalau apa yang dilihat seperti di dalam filem Perahu Kertas itu di mana babak saya dengan Maudy Ayunda, itu hanya lakonan. Lagipun aksi yang kelihatan kami seperti bercium itu hanya camera trick, bukan realistik. Sebetulnya babak itu bukan adegan melakukan hubungan seks tetapi simbolik di antara Luhde dan Keenan rasmi berpacaran", katanya Elyzia Mulachela ketika ditemui selepas tayangan filem Perahu Kertas di TGV, KLCC.

Melakonkan watak sebagai Luhde dalam filem arahan Hanung Bramantyo, gadis berusia 17 tahun ini mengulas mengenai satu babak intim atas katil di antara dia dan Maudy Ayunda (memengang watak Keenan) yang menampakkan mereka seperti melakukan hubungan seks.

Memulakan kerjaya seni dengan bidang nyanyian secara serius sejak dua tahun lalu, Cipy berkata peluang menjayakan filem tersebut merupakan satu pengalaman yang sangat berharga apatahlagi dia masih baru dalam industri lakonan.

Meskipun pada awalnya dia tidak tahu siapa pengarah karya yang diadaptasikan dari novel terlaris Indonesia ini, kata Cipy dia menerimanya kerana sekadar mahu menimba pengalaman dalam dunia berlakon. Kebetulan dia pernah membaca novel tersebut dan pernah membayangkan bagaimana karakter Ludhe. Ibarat pucuk di cita ulam mendatang, watak itu diberikan padanya.

"Sewaktu dipanggil untuk ujibakat, saya tidak tahu siapa pengarahnya sehinggalah saya disahkan memengang watak Luhde. Saya pernah baca novelnya. Saya selalu membayangkan karakter Luhde. Alih-alih, saya dapat pula melakonkannya. Mana mungkin saya menolak. Kebetulan pula saya ada satu single berjudul 'Cinta Yang Tak Mungkin' dan pihak produksi mahu menjadikan single itu sebagai salah satu runut bunyi filem ini",

"Karakter Luhde dan saya ada beberapa persaaman. Misalnya Luhde seorang yang nampak saja macam seorang pendiam tetapi hakikatnya dia seorang yang cerewet. Samalah seperti saya", kata gadis kelahiran Lombok ini yang turut meluahkan rasa malu dan gementar saat pertama kali menonton lakonan sendiri.

Perahu Kertas sudah ditayangkan di Indonesia pada Ogos lalu dan filem ini mendapat sambutan cukup mengalakkan. Ia mengisahkan pasang surut hubungan dua remaja, iaitu Kugy (Maudy Ayunda) dan Keenan (Adipati Dolken). Dua remaja ini bersahabat baik sehingga masing-masing sebenarnya memendam perasaan antara satu sama lain. Namun dalam masa sama mereka mencari haluan hidup dan obses mengejar cita-cita masing-masing.

-Opssmedia.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon