Saturday, November 10, 2012

Dua Beradik Pemain Gitar Kumpulan Rock Terkenal Jadi Penyamun


Dua beradik pemain gitar kumpulan rock terkenal tahun 90-an bersama seorang lagi adik lelaki mereka dan seorang wanita, ditahan polis di sebuah flat di Taman Selayang, di sini, awal pagi semalam kerana disyaki terbabit dengan kegiatan jenayah.


Tiga beradik lelaki dan wanita berusia antara 35 dan 40 tahun itu ditahan kira-kira jam 4 pagi untuk siasatan lanjut berhubung pembabitan mereka dalam jenayah samun, curi kenderaan dan dadah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan berkata, hasil pemeriksaan terhadap rumah yang dihuni empat individu terbabit, polis menemui tiga parang, satu cota besi, lima jam tangan pelbagai jenama, kamera, dua telefon bimbit dan 40 kad Touch n Go.

“Polis turut menemui kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora yang diletakkan di tempat letak kenderaan dan semakan mendapati kereta itu dilaporkan hilang di ibu kota tahun lalu,” katanya.

Menurutnya, penahanan itu dilakukan selepas pihaknya melakukan pemantauan berterusan terhadap mereka yang pernah ditahan polis beberapa tahun lalu atas kesalahan dadah.

-Hmetro

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon