Wednesday, November 14, 2012

Derek Fernandez Sifatkan Penjawat Awam Sebagai 'Monyet'


Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPAC) menuntut ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Derek Fernandez memohon maaf secara terbuka atas kenyataannya yang mengibaratkan penjawat awam sebagai "monyet" ketika mengulas isu pertukaran Datuk Bandar MBPJ.


Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, CUEPACS kesal dan memandang serius kenyataan itu dan mahu ahli MBPJ itu membetulkan kenyataan itu dalam masa terdekat kerana telah menghina dan menjejaskan imej perkhidmatan awam keseluruhannya.

"Kalau betul apa yang disebut oleh saudara (Derek Fernandez)..kita mahu beliau memohon maaf secara terbuka kepada seluruh penjawat awam dan dia juga kena buat pembetulan ayat itu.

"Kalau dia tidak minta maaf maka CUEPACS akan memanggil satu mesyuarat tergempar dan kita akan buat piket di hadapan bangunan di mana beliau bertugas...kita kesal kerana belum pernah berlaku seorang ahli majlis menyebut penjawat awam sebagai “monyet"," katanya.

-BERNAMA

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon