Wednesday, November 21, 2012

David Beckham Bakal Beraksi Di Australia?


Persekutuan Bola Sepak Australia (FFA) mengumumkan usaha kini giat dilaksanakan untuk membawa David Beckham beraksi di liga negara itu dan sekurang-kurangnya empat kelab dilapor berminat mendapatkan khidmatnya manakala sebuah kelab mengesahkan akan membuat tawaran lumayan.


Spekulasi mengenai pemain berusia 37 tahun itu menyertai Liga A Australia bermula sejak FFA menyatakan ejennya menyuarakan kesediaan bekas kapten England itu untuk beraksi di Australia.

Bekham menafikan khabar angin itu tapi kelmarin mengesahkan aksi bersama Major League Amerika Syarikat (AS) sudah berakhir apabila kontraknya bersama LA Galaxy tamat awal bulan depan, lantas meningkatkan usaha kelab dari Australia mendapatkannya.

“Saya melalui tempoh istimewa di LA Galaxy. Bagaimanapun, saya mahu mengalami satu lagi pengalaman sebagai cabaran terakhir sebelum menamatkan kerjaya bola sepak,” kata Beckham.

“Beckham mengesahkan final Piala MLS sebagai perlawanan terakhir bersama Galaxy. Perebutan kini bermula,” demikian twitter pasukan Perth Glory dari Liga A yang sudah melamar bekas bintang Manchester United itu untuk 10 perlawanan.

-AFP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon