Saturday, November 10, 2012

DAP Gesa Siasatan Dana Politik RM40 Juta


Pemimpin veteran Pakatan Rakyat (PR) menggesa supaya satu inkuiri awam diadakan untuk menyiasat sumbangan dana politik RM40 juta kepada Umno Sabah oleh seorang ahli perniagaan yang didedahkan baru-baru ini.

Lim Kit Siang

Lim Kit Siang dari DAP berkata, daripada mengamalkan sindrom penafian berkenaan dengan masalah rasuah di Malaysia, pemimpin-pemimpin Umno seharusnya bertanggungjawab penuh dengan mempamerkan iltizam politik dan komitmen untuk melawan "rasuah besar" melibatkan pemimpin-pemimpin politik dan kerajaan.

"... bermula dengan satu inkuiri penuh berhubung skandal sumbangan politik Sabah RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan ahli perniagaan balak Sabah, Micheal Chia," kata beliau di blognya, hari ini.

Kenyataan itu terkandung dalam ucapannya yang disampaikan pada majlis pelancaran Angkatan Perubahan Sabah di Papar semalam.

Kit Siang, Ahli Parlimen veteran berkata, dengan ranking indeks rasuah merosot sepanjang dua dekad lalu dan keadaan semakin buruk berbanding ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun

Abdullah Ahmad Badawi, "bagaimana pemimpin-pemimpin Umno boleh memandang kecil masalah besar rasuah di Malaysia di bawah Umno?"

"Melainkan pemimpin-pemimpin Umno boleh menunjukkan bahawa bukan Umno, tetapi parti-parti Barisan Nasional seperti MCA, Gerakan, MIC dan parti-parti Sabah dan Sarawak yang harus memikul tanggungjawab besar berkenaan masalah rasuah besar di Malaysia?" katanya.

-Sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon