Saturday, November 03, 2012

Cahill Gesa Chelsea Lupakan Kontroversi Luar Padang


Gary Cahill memberi amaran kepada Chelsea supaya tidak membiarkan cabaran musim ini diganggu kontroversi luar padang menjelang kunjungan ke Swansea, malam ini.


Menjelang perlawanan di Wales itu, pendahulu Liga Perdana dibayangi kontroversi apabila memutuskan untuk membantah secara rasmi keputusan pengadil Mark Clattenburg yang dituduh menggunakan bahasa tidak sesuai terhadap pemain tengah John Obi Mikel ketika Blues tewas kepada Manchester United.

FA England dan polis kini menyiasat aduan itu yang berlaku hanya dua minggu selepas kapten, John Terry digantung empat perlawanan dan didenda ₤220,000 (RM1.08 juta) kerana didapati bersalah meluahkan kata-kata berbaur perkauman terhadap pemain QPR, Anton Ferdinand tahun lalu.

Chelsea dan polis turut menjalankan siasatan berasingan mengenai dakwaan seorang penyokong melontarkan kata-kata berbaur perkauman terhadap penyerang United, Danny Welbeck ketika dua kelab itu bertemu buat kali kedua awal pagi kelmarin.

-AFP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon