Friday, November 16, 2012

Bermula Dengan Senaskah Memoir Berakhir Diranjang


Hubungan yang bermula dengan pemberian senaskah memoir Eat, Pray, Love berakhir dengan hukuman penjara bagi seorang guru wanita Singapura yang didakwa melakukan hubungan seks haram dengan pelajar lelakinya berusia 15 tahun.


Kes yang mengejutkan negara itu adalah yang terbaru dalam skandal membabitkan pendidik di Singapura, yang sebelum ini sering dikaitkan dengan menggelapkan wang kolej, melakukan perbuatan lucah, mengedar dadah dan beberapa kali ditangkap kerana menjalinkan hubungan seks dengan pelajar. Sekurang-kurangnya 10 kes dihadapkan ke mahkamah tahun ini.

Di sebuah negara yang dikenali dengan undang-undang ketat, skandal terbabit mencetuskan persoalan sama ada kerajaan berjaya mengawal tindakan pesalah politik dan jenayah, tetapi mengabaikan standard sosial dan moral yang semakin terhakis.

Akhir Oktober lalu mahkamah negara itu membicarakan seorang bekas pengetua sekolah kerana menggunakan dana sekolah berjumlah $150,000 (RM375,219) untuk membina sebuah rumah untuk mengajar agama dan membayar pelatih tenisnya.

Anthony Tan Kim Hock, 65, yang bersara pada 2009, selepas 25 tahun berkhidmat, berdepan 21 dakwaan jenayah. Jika didapati bersalah beliau boleh dipenjarakan hingga 15 tahun.

Lebih memeranjatkan ialah kes terbabit direkodkan di negara yang disifatkan memiliki sistem pendidikan bertaraf tinggi di mana kedua-dua guru dan pelajar adalah mereka yang terkenal berdisiplin kelas pertama, takutkan peraturan dan komited terhadap kecemerlangan akademik.

Masa depan akademik pelajar ditentukan ketika usia 10 tahun dalam sistem pendidikan yang mendesak pencapaian terbaik dalam sistem sekolah. Ketika usia 12 mereka mengambil ujian di peringkat kebangsaan untuk ke sekolah terkemuka.

-AP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon