Saturday, November 17, 2012

Bercerai Kerana Suami Lebih Sayangkan Anjing Liar


Seorang isteri menuntut cerai daripada suaminya setelah 50 tahun berkahwin kerana dia merasa jenuh dengan tingkah laku suaminya yang suka menghabiskan masa lapang dengan memberi makan anjing liar.


Eliza Barbu mengatakan bahawa suaminya selalu memberikan sisa makanan selama bertahun-tahun kepada sepasang anjing liar.

Namun, ketika jumlah anjing liar tersebut berkembang biak menjadi 20 ekor, suaminya tetap memberi anjing-anjing liar itu makan sehingga 3 kali sehari.

Akhirnya tahap kesabaran Eliza pun mencapai kemuncaknya. Menurut Eliza, akibat perbuatan 'baik' suaminya, tidak ada lagi makanan yang tinggal untuk mereka berdua.

Eliza mengatakan dia tidak dapat lagi menerima kenyataan bahawa mereka harus kelaparan kerana wang pencen yang ada habis untuk makanan anjing di sekitar rumah.

Ini kerana semakin banyak anjing liar yang datang setiap hari untuk meminta makanan.

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon