Wednesday, November 14, 2012

Bedah Diri Sendiri Tanpa Ubat Bius Ketika Lahirkan Anak


Ines Ramirez adalah satu-satunya wanita yang diketahui melakukan sendiri pembedahan ketika melahirkan anaknya. Ketika itu malam baru menjelma, manakala klinik terdekat terletak 80km jauhnya, sementara suaminya sedang berada di kantin dan tidak ada telefon untuk menghubunginya.


Nekad, ibu berusia 40 tahun itu terbaring di kerusi kayu. Dia mengambil alkohol dan sebuah pisau dan mula membelah perutnya. Dengan sinaran cahaya lampu malap, dia mula menghiris hingga ke dalam uterus dan menarik bayi laki-laki dari dalam perutnya.

Setelah memotong tali pusat bayinya, dia pengsan dan setelah sedar kembali, dia menutup luka di perutnya dengan kain dan menyuruh puteranya yang berusia 6 tahun untuk meminta pertolongan.

Beberapa jam kemudian, seorang pembantu kesihatan datang dan memberikan bantuan perubatan.

Kemudian, kita pula tertanya-tanya, kenapa ada anak yang sanggup membuang dan membiarkan ibubapa sendiri hidup merempat tanpa penjagaan yang selayaknya?

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon