Sunday, November 25, 2012

Bayi Mati Tercekik Biji Rambutan


“Biasanya anak sulung memberi puting kepada adiknya untuk menenangkannya apabila menangis, namun malangnya kali ini dia tersilap memberi biji rambutan,” kata Fatin Syamimi Azman, 18, ibu kepada Mohd Hafizie Farhan Mohd Aizudin, bayi lelaki berusia dua bulan yang meninggal dunia semalam akibat tercekik biji rambutan di rumahnya di Kampung Laut, di sini.


Fatin Syamimi yang ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 petang kelmarin, dia sedang bekerja sebelum terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada suami, Mohd Aizudin Razali, 26, memaklumkan Mohd Hafizie Farhan tercekik biji rambutan diberikan abangnya, Mohd Haikal Fikri, 2.

“Saya difahamkan Mohd Haikal dan suami sedang memakan rambutan di ruang tamu tetapi suami kemudian bergegas ke dapur membuat susu selepas melihat Mohd Hafizie yang berada di bilik terjaga daripada tidur.

“Bagaimanapun, Mohd Haikal yang mendengar adiknya menangis masuk ke bilik dan menyuapkan biji rambutan mungkin kerana mahu menenangkan adiknya ketika suami masih di dapur.

“Tindakan Mohd Haikal hanya disedari suami apabila melihat keadaan Mohd Hafizie yang berubah pucat dan sesak nafas.

-HarianMetro

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon