Tuesday, November 20, 2012

Bayangkan! 350 Juta Penduduk Bumi Mengalami Kemurungan


Lebih 350 juta penduduk di seluruh dunia dilaporkan mengalami kemurungan, menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semasa Hari Kesihatan Mental Sedunia pada Rabu lalu.


Ketua Jabatan Kesihatan Mental WHO, Dr Shekhar Saxena berkata, ia bukan satu ‘penyakit’ di negara membangun tetapi ia telah menjadi satu fenomena global.

“Ia melibatkan kedua-dua jantina dan tidak mengira status golongan masyarakat,” katanya.

Saxena turut menjelaskan laporan itu menunjukkan lebih 50 peratus golongan wanita mengalami masalah tersebut berbanding lelaki.

Dalam satu kenyataan, pakar kesihatan juga berpendapat tiada negara yang terkecuali daripada masalah kemurungan itu memandangkan laporan terbaru menunjukkan kira-kira lima peratus populasi dunia mengalami masalah gangguan psikologi tersebut.

-AFP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon