Saturday, November 03, 2012

Bakar Kereta Gadis Gara-gara Cinta Ditolak


Gara-gara cintanya ditolak, seorang lelaki berusia 22 tahun bertindak di luar batasan apabila mengamuk dan membakar sebuah kereta dan tiga motosikal diletakkan di pekarangan rumah gadis pujaannya di Taman Highland Park, di sini.

Gambar hiasan

Dalam kejadian jam 9 malam kelmarin, suspek dikatakan turut membawa empat samseng untuk menyerang rumah gadis berusia 19 tahun itu bagi melepaskan kekecewaannya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah, Deputi Superintendan Abdullah Arshad berkata, siasatan awal mendapati suspek yang juga bekas teman lelaki gadis berkenaan membawa tong berisi petrol untuk membakar kereta Proton Persona serta tiga motosikal milik keluarga mangsa.

Menurutnya, suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap bertindak ganas apabila membawa parang dan cuba menyerang gadis berkenaan yang ketika itu sedang tidur di dalam bilik.

-Hmetro

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon