Monday, November 26, 2012

Bahaya Status ‘Check-In’ di Facebook


Dalam era teknologi kini, penggunaan gajet seperti telefon pintar misalnya membolehkan pengguna telefon menggunakan aplikasi ‘check-in’ untuk mengemas kini lokasi dan aktiviti yang dilakukan untuk pengetahuan rakan-rakan di media sosial.


Perbuatan tersebut kemungkinan boleh membahayakan keselamatan terutama apabila seseorang itu merupakan sasaran musuh atau penjenayah yang menunggu masa yang sesuai untuk bertindak, hanya dengan mengikuti status yang dimuat naik.

Pendedahan status seperti “Pulang ke kampung halaman”, “Masih di pejabat walaupun sudah lewat malam”, “Lepak di kedai mamak ” dan sebagainya, secara tidak langsung memaklumkan kepada umum bahawa anda tiada di rumah dan ia adalah peluang terbaik untuk penjenayah memecah masuk ataupun lain-lain tindakan yang boleh membahayakan nyawa dan keselamatan.

Bagi mereka yang mempunyai kedudukan penting di dalam sesebuah syarikat ataupun organisasi, menambah rakan secara rawak dan mendedahkan maklumat peribadi di laman sosial memungkinkan pesaing perniagaan menggodam dan mencuri maklumat penting syarikat yang mungkin terkandung di dalam akaun profil media sosial berkenaan.

Walaupun pihak polis tidak menerima maklumat jenayah berdasarkan kepada aplikasi ‘check-in’ atau status yang dipaparkan di media sosial, adalah dinasihatkan supaya pengguna lebih bijak dan berhati-hati sebelum memuat naik sebarang maklumat yang ingin dikongsi.

Fahami dan analisis dahulu kesan baik dan buruk sesuatu aplikasi yang ditawarkan serta tetapkan hak akses kepada rakan-rakan untuk maklumat tersebut.

-Akhbar Guang Ming Daily

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon