Wednesday, November 21, 2012

Awas! 6 Produk Mi Segera Mengandungi Bahan Penyebab Barah


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan enam produk mi segera jenama Shin Ramyun yang dikeluarkan Kumpulan Nongshim mengandungi bahan penyebab barah iaitu Benzopyrene.


Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Perubatan KKM, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kementerian sudah mengambil empat sampel produk itu untuk diuji parameter Benzopyrene dan keputusan menunjukkan bahan itu dikesan dalam tiga daripada empat serbuk sup.

“Benzopyrene biasanya ditemui dalam asap rokok, makanan yang dibakar, dipanggang atau disalai dan bahan ini juga hasil sampingan dalam pelbagai industri pemprosesan,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Katanya, buat masa sekarang, belum ada negara yang menetapkan had bagi Benzopyrene dalam serbuk sup, namun Kesatuan Eropah sudah melakukan demikian untuk bahan terbabit dalam produk makanan tertentu.

“Berdasarkan penilaian yang dijalankan pihak kementerian menunjukkan tiada risiko kesihatan akibat Benzopyrene menerusi pengambilan mi segera Shin Ramyun selain produk berkenaan bukan makanan asasi negara ini,” katanya.

Beliau berkata, kementerian sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai mengenai isu keselamatan dan kualiti makanan dengan menghantar maklumat menerusi telefon di talian 03-88833558 atau e-mel di fsq-division@moh.gov.my atau pesanan ringkas ke 012-6915473.

-Hmetro

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon