Sunday, November 11, 2012

Apahal Afdlin Shauki Undang Kemarahan Mak Nyah di FB?


Masih lagi bercerita mengenai Anugerah Skrin 2012 yang telah pun berlangsung pada malam Jumaat lalu.


Selain cerita mengenai kehambaran anugerah yang berjalan itu, banyak juga perkara negatif yang timbul semasa ia dijalankan.

Salah seorang artis lelaki yang juga pengarah terkenal, Afdlin Shauki turut terpalit dengan kontroversi mengenai majlis anugerah tersebut.

Ceritanya begini.

Sewaktu penulis, Lim Pung Hui tampil ke atas pentas untuk menerima anugerah bagi pihak pengarah, Khabir Bathia bagi anugerah Drama Terbaik menerusi drama Telapak Kaki Bonda, ramai yang terpesona dengan kecantikan dan kesederhanaan dalam diri Lim Pung Hui.

Penampilannya tidak ubah seperti Allahyarham Yasmin Ahmad yang kemas berbaju kebaya dan berkain batik.

Namun, semua yang hadir ke majlis itu terkejut selepas Lim Pung Hui membuka mulut untuk memberi ucapan selepas menerima anugerah.

Dek kerana terkejut, Afdlin telah memuat naik status yang berbunyi seperti ‘mengata’ ke dalam laman Facebooknya.

“OMG did u watch anugerah sendiri dan tgk muka semua di pentas apabila penulis telapak kaki bonda berkata kata! Hoohoo,” tulis Afdlin.


Dengan tindakan Afdlin ‘meluahkan’ rasa terkejutnya ketika itu, ramai yang mengutuk dan menghentam diri Afdlin dengan memberikan komen-komen yang tidak puas hati.

Tetapi, Afdlin telah pun memberikan komen balas terhadap seorang peminat yang ‘mengecam’ kenyataan Afdlin.

“Nurafifi amanda, kenapa awak marah sangat dgn saya ni, tolong baca betul betul status saya. Saya cuma point out yg ramai org diatas pentas terkejut. Saya tak cakap kerja dia tak bagus dan saya tak komen pun pasal beliau dan kerja beliau. Saya pasti karya dia sangat baik. Tapi org diatas pentas tu yg terkejut tidak menentu kerana ramai org ingat dia wanita yg kelihatan sangat sopan dan ayu, tetapi keliru bila suaranya garau semua confuse. Saya bekerja dlm industri yg tak pernah mengaibkan dan memandang rendah sesiapa pun hanya kerana orientasi seksual mereka. Islam ni kan kita dgn tuhan so saya tak suka judge orang dan tak pernah memikirkan berbuat begitu, biarlah itu kerja tuhan. Dia serba mengetahui. Orang di facebook ni macam macam yg mulut baik ada yg mulut hansuang pun ada. Kalau nak hidup diruang cyberspace ajelah ni kena layan je lah. Jangan telalu emosi”


Pada anugerah itu juga, seorang pelakon dan pengarah lelaki, Rosyam Nor juga telah membuka mulut dengan mengeluarkan kenyataan yang mengguriskan hati ramai pihak.

Apa kata anda?

-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon