Friday, November 09, 2012

Amy Search Mengamuk di Laman Sosial Instagram


Sesudah persengketaan di laman twitter tidak lama dulu, rocker Amy Search atau Suhaimi Abdul Rahman, 54, mengamuk lagi dengan pelakon baru, Hanez Suraya dan kali ini di laman sosial Instagram pula.


Amukan Amy itu berpunca apabila Hanez Suraya mengeluarkan kenyataan berbaur pertuduhan kepada isterinya, Norhasniza Hassan atau lebih dikenali sebagai Nourish, 31.

Antaranya, Hanez mendakwa Nourish buah kecoh dan tidak profesional ketika berurusan di bank tempat adiknya bekerja.

Nourish berkata, dia ke bank berkenaan untuk mengeluarkan wang dan kebetulan seorang gadis yang bertugas di kaunter mempunyai iras muka Hanez Suraya.

“Saya menegurnya adakah awak adik kepada Hanez Suraya dan dia mengakuinya.

Saya kemudiannya memohon maaf kerana abang Amy tegur kakaknya dalam twitter,” katanya.

-Hmetro

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon