Pelakon yang sudah bersara dari bidang seni, Amanda Bynes menghentam sebuah penerbitan tabloid, In Touch yang menyiarkan cerita palsu mengenai dirinya yang dikatakan berkunjung ke sebuah salon di New York dalam keadaan berbogel.
"Saya akan menyaman In Touch kerana memaparkan cerita yang tidak benar mengenai saya,” kata Bynes kepada Us Weekly.
“Saya bukan seorang yang bermasalah, saya tidak bogel depan orang ramai.
“Saya baru saja berumur 26 tahun, seorang jutawan dan sudah bersara. Tolong hormat privasi saya,” tambahnya.
Bynes yang dilahirkan pada 3 April 1986 seorang pelakon, penyanyi dan juga pereka fesyen.
Ketika di awal kemunculan, Bynes meghiasi kaca televisyen dengan drama bersiri terbitan Nickelodeon seperti All That, The Amanda Show dan What I Like About You.
Dia kemudiannya meneruskan karier dalam layar perak apabila membintangi filem seperti What a Girl Wants (2003), Love Wrecked (2005), She’s the Man (2006), Hairspray (2007), Sydney White (2007) dan Easy A (2010) yang dilakonkan bersama heroin filem The Amazing Spiderman, Emma Stone.
Bynes juga dinamakan oleh majalah Teen People’s sebagai 25 Bintang Terkenal bawah umur 25 tahun pada 2006 dan 2007, selain majalah Forbes turut menyenaraikannya sebagai selebriti kelima di bawah umur 21 yang menerima bayaran tertinggi, dengan pendapatan AS$2.5 juta (RM7.6 juta) setahun.
-Sinarharian
Amanda Bynes