Saturday, November 03, 2012

Aksi 'Posing' Model Brazil Hina Kemusnahan Akibat Taufan Sandy


Seorang model glamour dari Brazil menjadi bahan ketawa selepas dia memuat naik gambar yang dirakamkan dengan aksi `berposing’ di sebalik kemusnahan yang dialami di New York akibat taufan Sandy.


Selain itu, Nana Gouvea, 30, turut menjadi bahan kecaman kerana tidak sensitif dengan mala petaka yang dialami di kawasan berkenaan dan perasaan yang dialami oleh mangsa bencana tersebut.

Antara imej yang dirakamkannya ialah berposing dengan menyandar di sebatang pokok yang tumbang serta berdiri di atas kenderaan yang remuk di jalan di New York.

Aksi-aksi berkenaan dirakamkan oleh suaminya, Carlos Keyes dan dimuat naik oleh Nana dalam facebooknya dengan rasa bangga.

Malah dalam temubual dengan majalah Sepanyol EGO, Nana berkata, bencana Sandy telah merapatkan lagi hubungan mereka suami isteri.

“Kami menghabiskan masa di atas katil dan hari ini saya akan minum wain bersama,’’ katanya yang turut memaklumkan ia merupakan lawatan pertamanya ke New York.

Keadaan ini menyebabkan ada pihak tertentu yang membuka akaun facebook bertajuk Nana Gouvêa in Disasters yang bukan sahaja mengejinya malah turut menjadikan model itu sebagai bahan ketawa.

Taufan Sandy yang melanda Amerika Syarikat, bukan sahaja meragut 100 nyawa malah turut menyebabkan kemusnahan besar-besaran di kota New York.

Selain ditenggelami air, berjuta-juta penduduk terpaksa bergelap akibat taufan Sandy.

-Mynewshub.my

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon