Wednesday, November 21, 2012

Aaron Kwok dan Kekasihnya Lynn Xiong Kahwin Secara Rahsia?


Meski pun khabar angin mengenai lamaran Aaron Kwok terhadap kekasihnya, Lynn Xiong sudah tersebar luas, namun ia tidak bermakna aktor kacak ini akan berkahwin dalam masa terdekat.


Bahkan ketika menghadiri majlis promosi filem terbarunya, Cold War, dia telah menegaskan mengenai perkara itu.

"Saya masih belum berkahwin. Bagaimanapun, saya sentiasa memandang ke hadapan. Saya tidak kisah berkongsi pendapat mengenai hal rumah tangga.

"Malah saya bangga kerana rakan saya, Tony Leung mempunyai kehidupan rumah tangga yang bahagia," katanya.

-Sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon