Friday, November 16, 2012

90% Negara Didunia Pernah Dijajah British!


Sebuah kajian baru mendedahkan bahawa sepanjang sejarah, rejim British yang gila berperang itu pernah menyerang 90% negara di seluruh dunia.


Kajian yang di terkandung dalam buku bertajuk, "All the Countries We've Ever Invaded: And the Few We Never Got Round To", mengatakan dari 200 negara di dunia hanya 22 negara yang belum pernah diceroboh British.

Negara-negara yang aman dari selamat dari penjajah British ialah Guatemala, Tajikistan, Kepulauan Marshall dan beberapa negara berdekatan kerajaan itu, seperti Luxembourg.

Stuart Laycock, penulis buku mengatakan dia terpanggil untuk melakukan kajian kerana anaknya yang berusia 11 tahun, Frederick, bertanya padanya berapa banyak negara yang pernah dijajah British.

Laycock mengatakan dirinya cukup terkejut apabila menyedari hasil kajian yang dilakukannya selama hampir dua tahun.

"Saya benar-benar terkejut apabila mengira. Saya merasakan yang saya mempunyai pengetahuan am yang sangat baik. Tapi rupanya saya tidak mengetahui beberapa perkara yang sebenarnya pernah terjadi. Dan fakta itu sangat mengejutkan saya," kata Laycock.

Kajian yang dilakukan Laycock itu mengikut sempadan negara dan nama negara ketika ini. Majoriti pencerobohan itu berlaku ketika sempadan belum ditetapkan.

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon