Tiga polis didakwa terbabit dalam aktiviti pusat pelacuran membabitkan wanita Micronesia dan memaksa seorang remaja perempuan berusia 16 tahun memperdagangkan dirinya, kini berdepan tuduhan tambahan.
Menurut akhbar Pacific Daily News semalam, ketiga-tiga polis terbabit kini menghadapi tuduhan menculik, menjadikan ada antara mereka berdepan sehingga berbelas dakwaan.
Seorang daripada tertuduh menghadapi tuduhan merogol.
Semua lima suspek dalam kes itu akan dibicarakan pada minggu pertama Januari depan dan mereka menghadapi lebih 60 tuduhan dalam 26 dakwaan berasingan Rumah pelacuran itu menyediakan enam bilik dan beroperasi sejak 2004 hingga 2008 di sebuah bar dikenali sebagai Blue House Lounge.
Pemilik bar itu, Song Ja Cha, 70, dihukum penjara seumur hidup pada September lalu.
Saksi berkata, polis terbabit datang ke Blue House tiga kali seminggu.
-AP