Monday, November 26, 2012

2 Tabiat Wanita Yang Membawa Ke Neraka


Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa semasa satu peristiwa, dimana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW.


Tujuannya adalah untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus kepada kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'.

Setelah kaum wanita berkumpul. Bilal kemudian pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana dan memberi salam serta tazkirah seperti berikut:

"Assalamualaikum, wahai kumpulan wanita. Wahai kaum wanita, Aku telah kamu lebih banyak di neraka." Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?" Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok dan boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka: Kamu banyak mengutuk/menyumpah dan kamu kufurkan kebaikan suami".

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya, banyakkan beristighfar dan bersedekah.


Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon