Tuesday, November 27, 2012

13 Anggota Polis Filipina Dipecat Kerana Menipu


Tiga belas anggota polis Filipina dipecat dan lebih 350 lagi disiasat kerana disyaki menipu dalam ujian bertulis, kata badan pentadbiran polis, semalam.


Suruhanjaya Polis Nasional berkata, keputusan ujian yang diambil tahun lalu oleh 386 orang di bandar Zamboanga dikira tidak sah kerana terlalu ramai yang memberi jawapan salah yang sama.

Ujian itu diambil oleh calon anggota polis dan juga anggota polis sedia ada yang mahu naik pangkat.

Penipuan itu didedah baru-baru ini dan mereka yang mengambil ujian kemasukan itu telah ditauliahkan ke dalam pasukan polis.

Ketua Polis Wilayah, Superintenden Napoleon Estilles berkata, 13 anggota telah dipecat dan yang lain masih disiasat dan boleh dibuang kerja.

Dia tidak menjelaskan bagaimana penipuan itu terbongkar.

“Lembaga pemecatan mendapati mereka bersalah… kerana tidak jujur,” kat Estilles.

Kontroversi itu mendedahkan masalah rasuah yang dialami polis negara ini, tetapi sering menafikan mereka tidak cekap dalam media tempatan.

Pada 2010, seorang anggota polis yang dipecat atas dakwaan rasuah, merampas sebuah bas membawa pelancong Hong Kong.

Pasukan Polis yang cuba menyelamat membuat kesilapan sehingga menyebabkan lapan tebusan maut, begitu juga dengan perampas bas itu.

–Manila Times

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon