Thursday, October 25, 2012

Zayn Malik Ketagih Cacah Tatu


Ahli kumpulan penyanyi remaja One Direction, Zayn Malik baru-baru ini memberitahu dia bercadang menambah lebih banyak tatu di badan.


Keputusan ini juga nampaknya ada kena mengena dengan kekasihnya, Perrie Edwards yang cukup suka melihat pelbagai bentuk lukisan di badan Malik.

Ditemuramah sebuah majalah baru-baru ini, Malik berterus terang bahawa dia memang cukup ketagih untuk mencacah tatu lagi.

"Ya memang boleh buat ketagih. Saya bercadang untuk penuhkan tatu di bahagian lengan dari paras siku. Ada banyak idea, sesetengahnya saya sudahpun lukis sendiri. Memang saya sangat ketagih dengan idea ini."

"Kekasih saya kuat menyokong dan dia suka akan konsep rock 'n' roll," beritahunya.

Memiliki wajah yang mampu mencairkan hati mana-mana wanita, dia menolak untuk mengatakan cintanya terhadap Edwards tidak ikhlas. Malah khabar angin yang kononnya dia curang turut ditepisnya.

"Mungkin ada yang iri hati bila saya sudah ada kekasih. Saya pernah memberitahu dia Perrie, ini kerja saya, dan perkara ini akan terjadi. Saya juga ada bertanya apakah dia masih mahu bersama saya? Perri sangat mempercayai saya, saya juga percaya kepada dia dan sebab itu hubungan ini berjaya," katanya.

-Utusan.com.my

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon