Monday, October 08, 2012

Tasha Shilla di Gelar Ratu Disko!


Pelbagai kontroversi yang kurang manis telah melanda pelakon wanita yang kian laris ini. Satu demi satu kontroversi itu telah ditepis elok oleh Tasha Shilla, 25, yang pernah dikatakan menari ghairah ketika sambutan hari jadi di sebuah kelab malam awal Januari lalu.


Selepas itu, dia juga dikatakan menjalinkan hubungan sulit dengan orang kenamaan yang menaja sebuah kereta mewah selain dihimpit isu minum arak.

Tidak bernoktah di situ, Tasha juga telah dihimpit kontroversi apabila pelakon, Neelofa mempertikaikan kemenangannya dalam Anugerah Bintang Popular (ABP) 2011 dan ia sehingga membawa persengketaan antara Neelofa dengan aktres Anzalna pula.

Dalam ruangan gosip akhbar Kosmo! Ahad semalam, Tasha dikatakan berparti di sebuah kelab hiburan di ibu kota bersama rakan-rakan lelaki dan wanitanya.

Ironi, malam kelmarin pula, Tasha diumumkan sebagai pemenang Anugerah Heroin Baru Terhebat pada majlis Anugerah Blockbuster 2012 yang berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor.

Menariknya, parti itu dikatakan turut disertai seorang lelaki yang dikenali sebagai Datuk J. Lelaki yang sama digosip menaja kereta BMW Tasha sebelum ini.

Gosip itu turut menyebut Tasha dikatakan sedang bergembira di situ selepas berbelanja sakan di sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang, Kuala Lumpur bersama Datuk J.

-Kosmo

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon