Wednesday, October 10, 2012

Suka Suka Bermain Cinta Serta Memikat Wanita: Harry Styles


Harry Styles, salah seorang anggota kumpulan British terkenal, One Direction menyatakan dia memang suka bermain cinta serta memikat wanita.

Harry Styles salah seorang anggota kumpulan One Direction.

Kumpulan yang disertai Styles merupakan pemenang tempat ketiga pertandingan The X-Factor pada 2010 sudah mencipta fenomena seluruh dunia apabila single pertama mereka, What Makes You Beautiful mendapat sambutan hangat terutamanya daripada peminat-peminat wanita.

One Direction turut dianggotai Liam Payne, Louis Tomlinson, Zayn Malik dan Niall Horan.

Harry berkata, “saya mungkin suka memikat kerana saya baru berusia 18 tahun dan hanya mahu bergembira."

Walaupun begitu, dia tidak mahu dilabel sebagai seorang kaki perempuan kerana itu adalah sama sekali tidak benar dengan personaliti dirinya.

Sebelum ini, Styles sering dikaitkan mempunyai hubungan intim dengan wanita yang lebih berusia daripadanya seperti pengacara tv, Caroline Flack, 32, model Cara Delevingne, 22, pelakon Alexa Chung, 29, dan penyanyi kelahiran Australia, Natalie Imbruglia, 37.

“Saya bukan seorang yang gila perempuan kerana itu akan kedengaran seperti saya seorang kaki perempuan dan perkara itu amat bertentangan dengan diri saya yang sebenarnya.

“Saya memang suka bergembira dan rasanya semua orang seusia saya pun begitu juga tapi yang membezakannya ialah apa yang saya lakukan, semuanya akan ditulis oleh pihak media,” katanya.

-Sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon