Saturday, October 27, 2012

Stesen Radio Tempatan Temubual Alvin dan Vivian Pula!


Alvin Tan Jye Yee, rakyat Malaysia yang mengambil jurusan undang-undang di Universiti Nasional Singapura dan teman wanitanya Vivian Lee mendapat perhatian ramai apabila mereka mempamerkan bahan lucah serta memasukkan gambar dan video aksi seks mereka di blog.


Stesen radio Red FM dan Capital FM yang menemubual pasangan itu bagaimanapun gagal menyiarkan rakaman temubual tersebut yang sepatutnya ke udara pada slot 2 petang semalam kerana tidak mendapat keizinan daripada SKMM.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata beliau akan meneliti laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung sekatan terhadap penyiaran temubual pasangan yang terlibat dengan aksi seks dalam blog ‘Sumptuos Erotica’.

Kerajaan, katanya mempunyai kuasa terakhir sama ada perlu diambil tindakan fizikal dari segi undang-undang atau tidak.

“Saya akan lihat dahulu apa-apa laporannya, tetapi saya cenderung untuk mengatakan kita tidak wajar melayani apa-apa yang disohorkan menerusi internet yang melibatkan pornografi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku biografi ‘Zubir Said The Composer of Majulah Singapura’ di Kuala Lumpur semalam.

-Bernama

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon