Sunday, October 07, 2012

Perisik Amerika di Larang Guna Facebook


Perkhidmatan rahsia Amerika Syarikat melarang ejen daripada minuman minuman keras berlebihan atau menggunakan laman rangkaian sosial.


Langkah berkenaan dibuat lima bulan selepas lebih berpuluh-puluh kakitangannya didakwa berparti dan mabuk dengan pelacur di Colombia, beberapa hari sebelum Presiden Barack Obama tiba di Cartagena untuk menghadiri satu sidang ekonomi.

Pengarah agensi terbabit, Mark Sullivan dan ahli Kongres berkata, peraturan terbabit diperkenal untuk menghalang insiden di Cartagena pada April lalu, berulang.

Akhbar Washington Post melaporkan, peraturan baru itu juga bertujuan menjadikan kesalahan itu membawa kepada pemecatan.

Jurucakap perkhidmatan rahsia terbabit, Ed Donovan berkata, pelaksanaan rasmi peraturan yang dicadang dan dibincangkan secara menyeluruh selepas siasatan kes Cartagena.

Dasar alkohol terbabit menetapkan ejen tidak boleh minum arak 10 jam sebelum lapor tugas. Ketika lawatan rasmi, mereka dilarang meminum arak di hotel tempat presiden atau tetamu kehormat lain menginap.

-Agensi

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon