Wednesday, October 17, 2012

Penyakit Baru yang Tiada Ubat!


Bagi mengawal penggunaan antibiotik, sekali gus mengelakkan penularan ‘superbug’ iaitu bakteria imun terhadap antibiotik, semua pengamal perubatan di negara ini termasuk ahli farmasi dinasihatkan supaya tidak memberikan ubat berkenaan sewenang-wenangnya walaupun ‘dipaksa’ pesakit.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, nasihat itu berikutan ada pesakit yang menjadi ‘doktor’ sendiri dengan menyenaraikan ubatan termasuk antibiotik kepada ahli farmasi tanpa mendapatkan nasihat pakar terlebih dulu sehingga menyebabkan penggunaannya tidak terkawal.

Menurutnya, penggunaan antibiotik tidak terkawal dan berhemat menyebabkan wujudnya masalah Rintangan Antimikrob (AMR) yang kini dianggap satu situasi membimbangkan, bukan saja di negara ini tetapi seluruh dunia.

Dalam tempoh lebih tiga puluh tahun hanya dua antibiotik baru ditemui atau dalam kata lain 'penyakit' semakin bertambah kuat.

AMR akan menyebabkan jangkitan tidak dapat dirawat dengan mudah dan lebih banyak antibiotik akan digunakan untuk merawat pesakit, malah lebih membimbangkan ia turut meningkatkan risiko kematian kepada pesakit.

Tinjauan sejak 1999 mendapati rintangan terhadap Methicillin Resistant Staphyloccus Aureus (MRSA) iaitu sejenis bakteria yang kebal antibiotik seperti metisilin, oksasilin, penisilin dan amoxicillin memang menurun sejak empat tahun lalu iaitu daripada 21.6 peratus pada 2007 kepada 19.2 peratus tahun lalu.

Mikro organisma ‘streptococcus pneumonia’ menunjukkan peningkatan rintangan terhadap antibiotik makrolida dengan kadar 21.9 peratus pada 2003 kepada 30.9 peratus pada 2010, sementara bakteria ‘acinetobacter’ menunjukkan peningkatan rintangan terhadap antibiotik ‘carbapenem’ daripada 35 peratus pada 2005 kepada hampir 57.4 peratus tahun lalu.

-Hmetro

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon