Saturday, October 20, 2012

Pemandu Bas Pasang Video Lucah Dalam Bas!


Timbalan Gabenor Sulawesi Utara, Djauhari Kansil memberi amaran keras kepada pemandu pengangkutan awam di bandar ini supaya tidak menayangkan video lucah dalam kenderaan mereka dalam usaha menarik penumpang.

Gambar hiasan

Djauhari berkata, pihak berkuasa seperti polis dan jabatan pengangkutan di wilayah ini akan memastikan perbuatan tidak bermoral itu tidak berulang.

"Masyarakat juga seharusnya berani untuk menegur sekiranya mendapati ada pemandu pengangkutan awam menayangkan video lucah dalam kenderaan mereka,'' katanya kepada tribunnews.com.

Kenyataan Djauhari itu menyusul ekoran aduan masyarakat di Manado yang khuatir dengan penayangan video berkenaan yang mampu memberi kesan negatif khasnya kepada pelajar.

-AGENSI

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon