Monday, October 08, 2012

Nur Fathia Nafi Sebagai Simbol 'Seks'


Selepas terbabit dengan kontroversi melemparkan telefon kepada pengarah Along Kamarudin di set penggambaran drama Stanza Cinta pada tahun lepas, tahun ini pula, Fathia terlibat dalam isu pertengkaran dengan pengarah Arjinder Singh di lokasi pembikinan filem terbaharu lakonannya, Darah Panas.


Bakal muncul dalam sebuah filem arahan Arjinder Singh berjudul Darah Panas pada tahun depan, ujar penuntut jurusan Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu, dia terpaksa meletakkan garis panduan berpakaian atas faktor tidak ingin mengulangi kesilapan lampau.

Bukan kerana besar kepala atau cerewet tapi tegas Fathia, dia enggan tampil terlalu seksi dengan mendedahkan tubuhnya semata-mata kerana mahu melariskan sesuatu produk.


“Saya bukan simbol seks dan saya enggan memakai pakaian yang terlalu menjolok mata. Saya akui berlaku sedikit pertengkaran ketika sedang menjayakan sebuah babak sebagai pelacur dalam filem Darah Panas kerana saya dipaksa memakai pakaian ketat dan menjolok mata.

“Pada hari kejadian juga saya berkeras untuk menukar pakaian lain yang kurang seksi berbanding baju dan skirt paras paha yang diberi oleh produksi. Setakat itu had saya dalam berpakaian!” tegasnya.

Fathia menegaskan lagi, pada masa-masa akan datang dia akan lebih berhati-hati dalam memilih pakaian dan jika dikehendaki tampil seksi dia harus memastikan untuk tidak keterlaluan.


Menerusi Darah Panas, dia melakonkan watak seorang gadis naif yang terpengaruh dengan pujukan seorang lelaki untuk menjadi model di Kuala Lumpur. Namun, setelah diperdaya dan dijadikan pelacur hidupnya berubah secara total.

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon