Friday, October 26, 2012

Motor Elektrik Terkecil Di dunia


Saintis telah berjaya menghasilkan motor elektrik terkecil di dunia. Motor elektrik ini dihasilkan dari molekul yang berukuran satu persejuta meter. Hasil penyelidikan ini telah diterbitkan dalam Jurnal Nature Nanotechnology pada bulan September 2011 yang lalu. Motor elektrik ini berperanan dalam dunia perubatan atau pun nanoteknologi.


Motor terkecil pernah dihasilkan sebelum ini, namun ia pertama kali dapat digerakkan menggunakan tenaga elektrik. Penyelidik sebelum ini telah berjaya menghasilkan motor yang boleh digerakkan menggunakan sumber cahaya dan juga tindak balas kimia. Yang mengejutkan motor elektrik kali ini boleh dilihat pergerakkannya dari saiz satu motor molekul dan melihat bagaimana keadaan motor bersaiz molekul itu bergerak. Ini seperti yang dilaporkan oleh Charles Sykes, penyelidik bidang kimia dari Tufts University of Massachusets.


Sykes mampu mengawal motor nan dengan menggunakan tenaga elektrik melalui bantuan Low Temperature Scanning Tunneling Miscroscope (LT-STM). Alat tersebut mengggunakan elektro untuk melihat molekul. Sykes menggunakan tip pada mikroskop untuk membekalkan elektrik pada molekul butil-metil-sulfida yang telah diletakkan pada permukaan kuprum yang bersifat konduktif. Dengan bekalan elektrik tersebut, motor nano akan berputar.

LT-STM juga digunakan untuk melihat pergerakan motor tersebut. Motor diketahui mampu berputar dua arah serta bergerak dengan halaju 120 putaran persaat. Kemampuan pergerakan motor ini boleh diubah. Melalui proses pengubahsuaian, penyelidik boleh menghasilkan radiasi gelombang mikro atau menghasilkan system nano-elektromekanik.

Motor elektrik juga boleh digunakan dalam dunia perubatan misalnya dalam system penghantaran ubat tepat pada sasaran (Drug Delivery System). Namun demikian masih banyak usaha dan penyelidikan perlu dilakukan sebelum mencapai tujuan tersebut. Sehingga ini, penyelidik sedang mendaftarkan hasil ciptaan tersebut ke Guiness Book of Record sebagai motor elektrik terkecil di dunia.

-Majalahsains.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon