Wednesday, October 03, 2012

Lagi Kisah Curang Arnold Schwarzenegger


Arnold Schwarzenegger yang kembali terkenal melalui filem Expendables 2 baru-baru ini mendedahkan lagi kisah curangnya di belakang Maria Shriver. Kecurangan itu berlaku sewaktu mereka masih menjadi pasangan kekasih.


Pendedahan itu dibuat Schwarzenegger melalui buku autobiografi terbarunya, Total Recall: My Unbelievably True Life Story.

Bekas Gabenor California itu mendedahkan bahawa dia pernah mempunyai hubungan dengan pelakon, Brigitte Nielsen sewaktu mereka sama-sama membintangi filem Red Sonja pada 1985.

"Saya tahu hubungan dengan dia (Nielsen) tidak akan kekal lama, dan itu membuatkan saya mengahwini Shriver," katanya menurut laman E Online.

Terdahulu, Schwarzenegger pernah mendedahkan hubungan sulitnya dengan bekas pembantu rumah mereka yang berkesudahan dengan kehadiran seorang anak lelaki.

-Utusan.com.my

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon