Monday, October 08, 2012

Kek Harijadi Mengandungi Bahan Letupan!


Seorang bapa yang merancang untuk menyambut ulang tahun kelahiran anaknya di Sepanyol, ditahan pasukan keselamatan Lapangan Terbang Stansted, di sini, selepas kek hari lahir yang dibawanya didapati positif mengandungi bahan letupan.

Gambar hiasan

Justin Barrett, 41, sedang dalam perjalanan bagi menyertai isterinya, Kathryn dan tiga anak mereka yang telah terbang ke Alicante, Sepanyol seminggu lebih awal bagi meraikan sambutan hari lahir Freddie yang kesembilan, bulan lalu.

Dia ditahan pasukan keselamatan selepas kek coklat berbentuk ulat beluncas yang dimasukkan dalam beg jinjing berbunyi ketika menjalani ujian imbasan sinar-x.

"Mesin itu berbunyi ketika kek tersebut melaluinya dan pengawal keselamatan mengesan bahan letupan di dalam kek," katanya yang juga merupakan pakar keselamatan.

Menurutnya, pasukan keselamatan sekali lagi menjalankan imbasan dan semuanya tidak menjadi masalah, kecuali kotak kek yang positif didapati mengandungi bahan letupan.

Barret kemudian diarahkan pergi ke sebuah bilik dan diperiksa dengan teliti termasuk terpaksa menanggalkan pakaian.

Selepas 40 minit diperiksa dan disoal siasat, dia dibebaskan selepas pengawal mendapati kandungan asetat yang terdapat pada pembalut kek mengundang amaran keselamatan mesin pengimbas itu.

"Secara jujurnya, semuanya tidak terlalu serius, namun saya bimbang seandainya mereka perlu merasa kek tersebut untuk mengesahkan sama ada mengandungi bahan letupan atau tidak.

"Bagaimana saya mahu menjelaskan kepada anak saya seandainya kek itu sudah tinggal separuh," kata Barret.

-AGENSI

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon