Friday, October 26, 2012

Kejam! Sosilawati Dibaring dan Ditikam Ditengkuk


Jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya telah dibunuh dengan cara dibaringkan dan ditikam di tengkuknya oleh tertuduh kedua, T.Thilaiyalagan sambil disaksikan oleh tertuduh pertama, N. Pathmanabhan pada 30 Ogos 2010.


Seterusnya, Sosilawati telah menjerit dengan kuat dan meminta tolong dan Pathmanabhan juga telah mengarahkan Thilaiyalagan supaya membunuh jutawan itu di hadapannya kerana dia ingin menyaksikan sendiri kejadian itu.

Sementara tiga lagi lelaki yang bersama Sosilawati, pegawai bank Noorhisham Mohamad, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin turut dibunuh dengan cara yang sama.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Ladang Gadong di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung pada 6 November ini.

-Bernama

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon