Thursday, October 04, 2012

Kasanova Ugut Dedah Video 'Panas' Di Tangkap


Seorang kasanova memperalatkan rupa paras dan kata-kata manis dimilikinya bagi memperdaya wanita untuk membolehkannya menampung kehidupan sebagai penganggur selama berbulan-bulan.

Di sebuah bilik hotel di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur inilah 
seorang kasanova dari Kelantan ditangkap

Lebih malang mangsa-mangsa yang tergoda dengan penampilan fizikal lelaki berusia 32 tahun itu sanggup melakukan hubungan seks dengan suspek.

Aksi ranjang antara mangsa dan suspek itu pula dirakam menggunakan telefon bimbit lelaki itu.

Suspek kemudian turut menjadikan rakaman itu sebagai alat memeras ugut setiap mangsa bagi mendapat duit dengan cara mudah.

Bagaimanapun, tembelang kasanova dari Ketereh, Kelantan itu terbongkar apabila seorang model berusia 31 tahun membuat laporan polis pada 29 September lalu mendakwa dia dirogol dan ditipu suspek.

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon