Wednesday, October 24, 2012

iPad Mini Terbaru Dari Apple


Syarikat elektronik terkemuka Apple Inc. dilapor akan melancarkan satu lagi produk komputer tablet, iPad mini yang akan dijual pada harga serendah 200 pound (RM976).


Pelancaran produk terbaharu Apple itu, sekali gus dijangka memberi saingan kepada syarikat Amazon yang mengeluarkan tablet mini mampu milik, Kindle Fire yang berharga 129 pound (RM629).

Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook dilapor akan melancarkan iPad mini di San Jose, esok dan produk terbaharu itu dipercayai mempunyai skrin sebesar 7.8 inci, lebih kecil berbanding iPad asal yang berukuran 9.7 inci.

Penganalisis teknologi berkata, tablet itu menggunakan ciri-ciri yang terdapat pada produk telefon pintar iPhone dan turut dilengkapi fungsi rangkaian telefon pantar 4G yang sesuai digunakan di United Kingdom (UK).

Editor laman web teknologi CNET UK, Jason Jenkins berkata, jika laporan tentang pelancaran iPad mini itu benar, tablet terbaharu Apple itu dijangka menyerupai dua model tablet sebelum ini iPad 2 dan iPad 3 yang kurang mendapat sambutan.

"Apple perlu bersaing hebat dengan produk Amazon untuk mendominasi pasaran komputer tablet di Eropah," katanya.

Amazon sebelum ini melancarkan tablet Kindle Fire yang mempunyai versi 7 inci dan 8.9 inci yang mendapat sambutan hangat di Amerika Syarikat (AS) dan model tablet yang lebih kecil itu, hari ini memasuki pasaran antarabangsa buat kali pertama.

Syarikat perisian Microsoft turut melancarkan komputer tablet, Surface, esok manakala Google dijangka memperkenalkan produk dan perisian terbaharu dalam tempoh terdekat.

Tinjauan oleh Pusat Kajian Pew mendapati lambakan komputer tablet yang lebih murah seperti Nexus keluaran Google dan Kindle Fire keluaran Amazon, berjaya melemahkan penguasaan produk Apple di pasaran.

-AGENSI

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon