Friday, October 26, 2012

Haiwan-haiwan Ajaib!


Paus beluga yang ditemui di Lautan Artik, Kanada boleh bergerak sejauh 700 batu sehari. Haiwan ini hanya perlu menyedut oksijen setiap 20 minit.


Cacing gergasi Australia- cacing terpanjang di dunia boleh membesar sehingga 2 meter panjang.

Gajah Afrika hamil selama 640 hari.

Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya.

Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang.

Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang semasa haiwan itu melompat

Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ itu melekat pada lelangit.

Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari sentiasa siang.

Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000 telur setiap hari.

Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.

Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon