Thursday, October 25, 2012

Fina AF9 Tindik Pusat dan Tatu Gambar Rama-rama!


Terbaru Fina AF9 yang popular bersama lagu 'Menangis Lagi' menimulkan kontroversi di dunia Instagram apbila beliau telah memuatnaik sekeping gambar bertindik di bahagian pusat yang dipercayai adalah dirinya.


Bukan itu saja, penyanyi bersuara lantang ini juga dipuji amat berani oleh followersnya kerana telah memuat naik gambar yang memaparkan bahagian abdomen yang ramping itu dan ini sedikit sebanyak memberikan imaginasi yang nakal kepada lelaki yang melihatnya.

Jadi, untuk mengetahui perkara yang seenarnya, sebuah portal hiburan tanahair telah menemubual Fina AF9. Adakah dia sengaja membangkitkan kontroversi ataupun terlepas pandang semata-mata?

Nak tahu jawapan dari Fina AF9 tak? inilah jawapan yang diberikan:-

“Sebenarnya, gambar tersebut bukanlah saya. Saya cuma ambil dari internet dan sengaja memilih gambar wanita yang rambutnya hampir serupa dengan saya serta muat naik dengan tujuan suka-suka. Tak mungkinlah saya tindik pusat, kemudian masukkan ke laman sosial. Kalau ibu saya tahu, pasti dia akan marah. Jadi, tak ada sebab saya ingin lakukan perkara sebegitu”

-Ikhwanmencarinurillahi.blogspot.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon