Monday, October 01, 2012

Emma Maembong Besar Kepala!


Artis yang baru nak meningkat popular di dalam dunia hiburan iaitu Emma Maembong dikatakan sudah mula buat hal. Emma Maembong atau nama sebenar beliau adalah Fatimah Rohani binti Ismail yang berdarah Scotland Melayu popular selepas drama Kau Yang Terindah.


Nama beliau mula disebut-sebut dan cerita dan gambarnya turut terpampang di laman-laman web hiburan tempatan menandakan populariti beliau yang sedang meningkat. Namun, baru-baru ini ada satu berita yang tidak sedap kita dengar mengenai artis baru ini.

Entah benar atau tidak, menerusi Pancaindera Utusan Malaysia semalam, Emma Maembong dikatakan kaki propa kerana gagal menghadiri temujanji yang diatur wartawan. Menurut si penulis (Syed), Emma ada membuat temujanji kira-kira jam 11 pagi bersama wartawan Pancaindera untuk satu sesi fotografi pagi Rabu lalu.

Jenuh jugalah jurusolek dan teman wartawan ni menunggu kelibat Emma, tapi sampai ke sudah tak nampak batang hidung. Lagi bertambah bengang jurusolek dan wartawan ini apabila Emma tidak menghantar pesanan ringkas (sms) memberitahu bahawa beliau lewat.

Menurut Syed, ini bukan kali pertama Emma Maembong tak muncul-muncul sebaliknya sebelum ini pun dia ada buat hal yang sama juga.

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon