Thursday, October 11, 2012

Datuk Bandar Itali Ahli Mafia!


Kabinet Itali semalam memecat semua ahli majlis kerajaan tempatan Reggio Calabria, bandar raya di selatan bagi menghentikannya dikawal secara langsung oleh kumpulan mafia tempatan.


Datuk Bandar Demetrio Arena dan 30 lagi anggota dewan bandar raya itu dipecat di bawah peruntukan undang-undang yang diumumkan di Rome oleh Menteri Dalam Negeri, Anna Maria Cancellieri.

Ia kali pertama kerajaan di ibu negeri sesebuah wilayah disingkir secara besar-besaran kerana disyaki mempunyai hubungan dengan jenayah terancang. Sebilangan bandar kecil, kebanyakannya di selatan turut menerima nasib sama pada masa lalu. Tindakan itu diambil selepas penyiasat dari Rome memastikan sebilangan anggota dewan bandar raya itu yang mempunyai populasi 180,000 orang ada kaitan dengan ‘Ndrangheta’, versi tempatan untuk mafia Sicily.

-Reuters

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon