Friday, October 05, 2012

Bunuh Suami Sebab Malas nak Jaga!


Seorang wanita warga emas berusia 64 tahun didakwa membunuh suaminya yang menghidap sakit jantung dan menanam mayatnya di laman rumah mereka.


Barbara Scott memaklumkan polis bahawa dia melakukan perbuatan kejam itu kerana terlalu penat untuk menjaga suaminya yang menghidap sakit jantung.

Selepas menanam mayat Benny, 78, Barbara kemudiannya menanam pokok herba di atas kuburnya itu.

Benny, meninggal dunia selepas ditembak di bahagian belakang kepala oleh isterinya, Januari lalu.


Perbuatan kejam itu terbongkar kira-kira tiga bulan selepas kematiannya apabila anak perempuan mereka, Sonya Braudway membawa ibunya ke balai polis, selepas dia memaklumkan suaminya itu membunuh diri.

Selepas membunuh Benny, Barbara kemudian memaklumkan kepada kawan-kawannya bahawa Benny terlalu sakit untuk menjawab telefon, apabila mereka bertanyakan mengenai lelaki berkenaan.

Perbuatan itu terbongkar apabila Sonya Braudway mendesak Barbara menceritakan perkara sebenar yang menimpa bapanya.

Barbara memaklumkan Sonya bahawa suaminya itu terjatuh ketika mandi sehingga menyebabkan kepalanya cedera.

Namun dia kemudiannya menukar cerita dengan memaklumkan bahawa suaminya itu membunuh diri dengan pistol.

Barbara memberitahu, kerana panik dia telah mengebumikan mayat suaminya di laman rumah mereka di LakeAlfred, Florida.

Pihak berkuasa yang mengorek semula kubur berkenaan mendapati kaki Benny diikat manakala kepalanya diserkup dengan beg plastik.

-Mynewshub.my

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon