Thursday, October 04, 2012

Bongkah Batu Sebesar Rumah Hempap Kereta


Seorang pegawai menyatakan, sebuah kereta remuk manakala enam orang terbunuh selepas kenderaan tersebut dihempap bongkah batu sebesar rumah yang jatuh dari sebuah gunung di Vietnam.

Beberapa orang melihat bongkah batu 
yang menghempap sebuah kereta (kiri).

Seorang pegawai tempatan, Keo Khon berkata, lima orang termasuk pemandu kereta mati di tempat kejadian di wilayah An Giang, selatan Vietnam pada Sabtu lepas.

Menurutnya, seorang lagi penumpang maut semasa dikeluarkan dari kenderaan tersebut manakala dua lagi masih dirawat di hospital.

Kata Khon semalam, semua mangsa dalam perjalanan pulang selepas menyertai satu upacara keagamaan di sebuah kuil di puncak gunung berkenaan.

Pihak berkuasa tempatan masih menyiasat kemalangan tersebut.

Menurut Khon, jalan raya menuju ke kuil berkenaan dibuka pada 2004 dan menarik kehadiran beribu-ribu pelawat pada setiap tahun.

-Agensi


Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon