Saturday, October 27, 2012

Berbaloikah Pilihan Telefon Pintar Anda?


Selaras dengan kemajuan sains dan teknologi, belia terutama remaja pada masa kini telah beralih menggunakan telefon pintar serta mula dikenali sebagai ‘penggila’ gadget.


Namun, tidak semua telefon pintar yang digunakan berada pada tahap yang diharapkan oleh penggunanya apabila mereka seolah-olah dilanda dilema apabila telefon pintar mereka mengalami pelbagai masalah.

Rata-rata ramai yang merungut berkenaan kelemahan signal operator, data server yang tidak mampu menampung kapasiti beban hingga ada yang mempersoalkan sistem tetapan (setting) yang tidak tepat.

Ini kerana, jika dilihat telefon pintar pada masa kini hanya mampu bertahan dalam anggaran tiga ke empat tahun sahaja.

Selepas itu, mungkin telefon tersebut akan mengalami pelbagai masalah dan pengguna akan mula beralih kepada telefon pintar yang baru.

Permasalahan itu nampaknya semakin meruncing pada masa kini.

Pada masa yang sama, ada juga yang menyatakan, “kalau telefon bimbit dihasilkan bagi penggunaan hingga 10 tahun, macam mana syarikat telefon nak untung?”

Justeru, ramai yang mempersoalkan syarikat-syarikat pembuatan telefon berkenaan kualiti serta tahap daya tahan telefon yang dihasilkan.

Apakah jenis telefon pintar yang pernah anda gunakan dan apakah masalah yang sering dihadapi oleh anda sebagai pengguna telefon pintar?

-Mynewshub.my

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon