Thursday, October 11, 2012

Arnold Schwarzenegger Ada Kekasih Baru


Walaupun kes perceraian Arnold Schwarzenegger dan Maria Shriver masih belum selesai, aktor itu sudah pun keluar dengan seorang wanita yang tidak dikenali.

Arnold berbasikal bersama wanita yang dikatakan kekasihnya.

Menurut laporan Dailymail.co.uk, bintang filem Terminator itu dilihat berbasikal bersama seorang wanita berambut perang pada Isnin lalu

Sehingga ke hari ini, belum ada sumber yang dapat menjelaskan siapakah wanita tersebut namun, daripada gerak geri mereka, wanita itu seperti memiliki hubungan yang sangat rapat dengan Arnold.

Arnold pada ketika itu berimej sangat kasual dengan hanya mengenakan kemeja T merah dan seluar hitam.

Manakala teman wanitanya itu lebih bergaya dengan memakai baju rona ungu dan seluar ketat hitam, dipadankan dengan kasut putih berjalur ungu.

-Mstar

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon