Tuesday, October 02, 2012

Amazon Jual Gambar Kontroversi Kem Nazi


Syarikat perniagaan dalam talian, Amazon dikecam seorang ahli politik Jerman ekoran penjualan permainan susun suai gambar yang menggunakan gambar kontroversi tempat membakar mayat di kem Nazi di Dachau.


Ahli politik parti konservatif, Gerda Hasselfeldt dalam sepucuk surat yang dihantar kepada Amazon semalam berkata, penjualan permainan kontroversi itu memberi kesan buruk kepada mangsa yang terselamat di kem terbabit dan ahli keluarga mangsa yang lain.

Permainan tersebut mempamerkan gambar tempat membakar mayat di kem Dachau, yang merupakan tempat tahanan kira-kira 200,000 Yahudi, golongan homoseksual, ahli parti pembangkang, dan tahanan perang semasa Perang Dunia Kedua.

-AFP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon